Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
newbg3.jpg
Blue_Light_BG.jpg
Tropical_Beach2.jpg
life_under_the_ocean-1920x1200.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Pensijilan

 

Pengenalan

HACCP merupakan singkatan kepada ' Hazard Analysis and Critical Control Point' iaitu suatu Sistem Pengurusan Kualiti yang menilai kemungkinan bahaya kesihatan berlaku terhadap sesuatu produk makanan dan mengambil langkah-langkah kawalan terhadap peringkat atau titik kawalan yang genting.

CCP atau titik kawalan kritikal di sini bermaksud, peringkat di mana tidak dapat dikawal , kawalan perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan bahaya kesihatan tersebut. Melalui cara ini kemungkinan bahaya kesihatan dapat dicegah daripada berlaku. Ianya suatu sistem yang dapat memberi keyakinan bahawa segala langkah kawalan yang telah diambil bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan. Sistem ini hanya menekan kepada keselamatan makanan sahaja, iaitu sebahagian daripada ciri-ciri kualiti; tetapi ia bukan suatu sistem yang mengawal kualiti.

HACCP juga bukan merupakan sistem yang memberi Risiko Sifar ( Zero-Risk ) tetapi suatu sistem yang terbaik dewasa ini yang dapat memberikan jaminan terhadap kemungkinan risiko keselamatan paling minima. Sistem HACCP berupaya menampung perubahan seperti rekabentuk peralatan moden / canggih , prosedur pemprosesan atau kemajuan-kemajuan teknologi dan juga boleh diapplikasikan melalui rantaian makanan dari pengeluar primer ke pengguna akhir.

 

Kursus HACCP

Kecekapan HACCP Bagi Pengguna Dan Penyelia Kawalan Mutu

Matlamat

Membantu pihak industri pemprosesan yang berasaskan ikan di dalam melaksanakan program-program yang dikehendaki di bawah peraturan HACCP

 

Objektif

  • Membantu pihak industri pemprosesan yang berasaskan ikan di dalam melaksanakan program-program yang dikehendaki di bawah peraturan HACCP
  • Menerangkan perlaksanaan program serta perundangan antarabangsa dan keperluan-keperluan untuk mengeksport hasil pemprosesan berasaskan ikan
  • Membolehkan para peserta memberikan tunjuk ajar berkaitan HACCP kepada pekerja di bawah seliaan mereka

Kecekapan HACCP Bagi Pekerja Kilang Pemprosesan

Matlamat

Bagi menerapkan kepentingan amalan perkilangan baik dan amalan kebersihan diri, selaras dengan kehendak HACCP

Objektif

  • Memberikan pengetahuan asas mengenai HACCP yang diperlukan
  • Memberikan kefahaman tentang peranan pekerja di dalam perlaksanaan HACCP di dalam pengeluaran produk-produk berasaskan ikan
  • Menerangkan kaedah-kaedah kebersihan diri, serta kebersihan premis yang berkaitan dengan pemprosesan makanan berasaskan ikan.

 


Kemaskini pada 2014-12-30 12:03:41 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4200
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 15686 Tarikh Kemaskini : 21-10-2017
Instagram Information Mobile Apps.eLatihan adalah sistem online yang disediakan untuk memudahkan kumpulan sasar memohon latihan dalam bidang perikanan yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kumpulan sasar yang terdiri dari orang ramai, nelayan, penternak akuakultur dan usahawan perikanan mahupun kakitangan Jabatan Perikanan sendiri boleh mengemukakan pertanyaan, memohon dan menyemak status permohonan bagi menyertai pelbagai kursus dalam bidang perikanan yang ditawarkan di pusat-pusat latihan Jabatan Perikanan Malaysia yang terpilih.     Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramLaman Instagram rasmi Jabatan Perikanan Malaysia     Youtube Information YoutubeLaman youtube rasmi Jabatan Perikanan Malaysia     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL. Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.