Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
newbg3.jpg
Blue_Light_BG.jpg
Tropical_Beach2.jpg
life_under_the_ocean-1920x1200.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Pejabat Undang - Undang

 
 
 

LATAR BELAKANG

Pejabat Undang - Undang merupakan unit yang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dalam aspek perundangan kepada Jabatan Perikanan untuk pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan sektor perikanan di Malaysia serta menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Pejabat Undang - Undang berperanan penting dalam memutuskan jenis kesalahan dan kompaun, termasuklah mempertimbangkan sebarang rayuan terhadap kes-kes tangkapan yang menyalahi Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-peraturan di bawahnya. Kes-kes tangkapan tersebut akan diputuskan sama ada diberi tawaran kompaun, amaran, dibebaskan, disita atau didakwa di mahkamah.

Pejabat Undang - Undang terlibat secara langsung dalam penggubalan dan pindaan Akta Perikanan 1985 serta peraturan-peraturan di bawahnya, memberi khidmat nasihat berkaitan isu-isu perundangan berkaitan sektor perikanan di samping membuat semakan perjanjian-perjanjian dan memorandum persefahaman (MOU) yang melibatkan Jabatan Perikanan. Secara ringkasnya, di peringkat nasional, Pejabat Undang - Undang memainkan peranan dan menjalankan fungsi dalam aspek perundangan bagi menyokong perjalanan dan perlaksanaan rancangan-rancangan perikanan yang dirangka oleh Jabatan Perikanan seperti yang terkandung dalam Akta Perikanan 1985.

Manakala di peringkat antarabangsa, Pejabat Undang - Undang memainkan peranan atau menjalankan fungsi memberi khidmat nasihat kepada Jabatan Perikanan supaya perjalanan dan perlaksanaan rancangan-rancangan perikanan negara adalah selaras dengan peruntukan perundangan atau instrumen antarabangsa yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa seperti Food And Agricultural Organisation (FAO), World Health Organisation (WHO), International Maritime Organisation (IMO), World Trade Organisation (WTO),  United Nations Convention On The Law Of The Sea (UNCLOS), Code Of Conduct For Responsible Fisheries (CCRF), Standards of Training, Certification and Watchkeeping (STCW) dan sebagainya.


OBJEKTIF

Pejabat Undang - Undang beriltizam untuk memberi perkhidmatan perundangan dengan cekap dan berkualiti mengikut undang-undang dengan adil dan saksama.

Kewujudan Pejabat Undang - Undang adalah untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti mana dinyatakan di bawah. Ia menyokong kepada rancangan-rancangan perikanan yang dibuat oleh Jabatan Perikanan dalam bentuk undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.

Kedudukannya terus di bawah Ketua Pengarah Perikanan selaras dengan fungsi memberi khidmat nasihat kepada Ketua Pengarah yang diberi kuasa dalam Akta Perikanan 1985. Kedudukan ini adalah lazim bagi sesebuah organisasi.


FUNGSI

  1. Sumber rujukan mengenai Akta Perikanan 1985 [Akta 317], Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah Perikanan serta aspek-aspek berkaitan perundangan perikanan.
     
  2. Memberi khidmat nasihat, pandangan dan ulasan undang-undang berkaitan isu atau perkara untuk keputusan dalam dasar rancangan perikanan negara yang melibatkan aspek perundangan Malaysia atau antarabangsa.
     
  3. Menentukan jenis kesalahan dan tindakan kepada pihak yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, peruntukan-peruntukan dan Peraturan-Peraturan Perikanan di bawahnya.
     
  4. Menjalankan pendakwaan, rayuan dan penyeliaan ke atas semua kes kesalahan yang tidak boleh dikompaun di bawah Akta Perikanan 1985 di Mahkamah.
     
  5. Menentukan jumlah kompaun yang patut dikenakan kepada pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya bagi jenis kesalahan yang boleh dikompaun.
     
  6. Menyemak draf perjanjian, persefahaman (MOU) dan kerjasama di antara jabatan dengan kumpulan sasaran atau pihak-pihak lain yang berkepentingan.
     
  7. Menyemak draf rang undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perikanan serta mendapatkan kelulusan Jabatan Peguam Negara sebelum dibahaskan di Parlimen atau diluluskan oleh menteri.
     
  8. Merancang, menyelaras atau mengendalikan latihan kemahiran dan kursus untuk kakitangan di dalam negeri atau luar negeri berkaitan perundangan perikanan.
     
  9. Melaksanakan audit terhadap pengurusan kes-kes pendakwaan, kompaun, penyimpanan, pengurusan dan pelupusan barang kes serta fail kertas siasatan (IP) kes di seluruh negara.
     
  10. Mengambil bahagian di dalam program-program yang mempunyai kaitan dengan aspek perundangan perikanan termasuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat untuk kepentingan Jabatan Perikanan.

Kemaskini pada 2014-12-15 11:10:49 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4200
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 15686 Tarikh Kemaskini : 21-10-2017
Instagram Information Mobile Apps.eLatihan adalah sistem online yang disediakan untuk memudahkan kumpulan sasar memohon latihan dalam bidang perikanan yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kumpulan sasar yang terdiri dari orang ramai, nelayan, penternak akuakultur dan usahawan perikanan mahupun kakitangan Jabatan Perikanan sendiri boleh mengemukakan pertanyaan, memohon dan menyemak status permohonan bagi menyertai pelbagai kursus dalam bidang perikanan yang ditawarkan di pusat-pusat latihan Jabatan Perikanan Malaysia yang terpilih.     Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramLaman Instagram rasmi Jabatan Perikanan Malaysia     Youtube Information YoutubeLaman youtube rasmi Jabatan Perikanan Malaysia     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL. Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.