Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
newbg3.jpg
Blue_Light_BG.jpg
Tropical_Beach2.jpg
life_under_the_ocean-1920x1200.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Ketirisan perikanan

BANDARAYA MELAKA - Jabatan Perikanan akan memperkenalkan beberapa langkah termasuk penggunaan kad akses bagi nelayan dalam usaha membendung ketirisan ikan di jeti-jeti pendaratan ikan di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Abu Hassan berkata, penggunaan kad akses yang dijangka dimulakan awal tahun depan bertujuan memantau pergerakan serta aktiviti penangkapan ikan membabitkan nelayan tempatan, terutama dalam membendung gejala penjualan hasil tangkapan kepada negara lain.

Menurutnya, kad yang akan merekodkan keluar masuk nelayan di jeti pendaratan ikan ini adalah lebih mudah berbanding penggunaan borang yang terpaksa diisi nelayan untuk melaporkan pergerakan mereka.

“Selain lebih sistematik, penggunaan kad akses ini yang akan dihubungkan dengan ibu pejabat juga akan memudahkan pihak ibu pejabat memantau pergerakan setiap nelayan,” katanya.

Menurutnya, selain penggunaan kad akses itu, Jabatan Perikanan akan turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) bermula di empat jeti pendaratan ikan bagi memantau aktiviti pendaratan ikan.

Empat jeti terbabit, katanya, adalah Jeti Tanjung Manis di Sarawak, Jeti Pelabuhan Kuantan di Pahang, Jeti Tok Balidi Kelantan dan Jeti Kuala Perlis di Perlis, sebelum ia diperluaskan ke jeti lain.

“Pemasangan dan penggunaan CCTV ini akan dimulakan dalam masa terdekat ini dan ia bertujuan memantau jumlah pendaratan ikan di jeti terbabit bagi mengelak hasil tangkapan dijual kepada negara luar.

“Semua tindakan ini adalah bertujuan mengekang tindakan sebilangan nelayan bersekongkol dengan orang luar untuk mengaut sumber tangkapan yang sepatutnya milik rakyat negara ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pegawai Kanan Jabatan Perikanan 2015, di sini semalam.

Persidangan empat itu bertujuan merancang pelaksanaan projek perikanan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) secara lebih sistematik dan terperinci.

Selain itu, persidangan dihadiri hampir 100 pegawai kanan jabatan berkenaan akan turut menilai semua pencapaian dan prestasi semua projek dilakukan tahun lepas.

 


Kemaskini pada 2016-04-13 15:19:38 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4200
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 15686 Tarikh Kemaskini : 22-10-2017
Instagram Information Mobile Apps.eLatihan adalah sistem online yang disediakan untuk memudahkan kumpulan sasar memohon latihan dalam bidang perikanan yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kumpulan sasar yang terdiri dari orang ramai, nelayan, penternak akuakultur dan usahawan perikanan mahupun kakitangan Jabatan Perikanan sendiri boleh mengemukakan pertanyaan, memohon dan menyemak status permohonan bagi menyertai pelbagai kursus dalam bidang perikanan yang ditawarkan di pusat-pusat latihan Jabatan Perikanan Malaysia yang terpilih.     Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramLaman Instagram rasmi Jabatan Perikanan Malaysia     Youtube Information YoutubeLaman youtube rasmi Jabatan Perikanan Malaysia     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL. Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.