Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
newbg3.jpg
Blue_Light_BG.jpg
Tropical_Beach2.jpg
life_under_the_ocean-1920x1200.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Kolaborasi Penyelidikan

KERJASAMA DENGAN JIRCAS COLLABORATION WITH JIRCAS
Pada tahun 2014, sejumlah 3 projek telah dilaksanakan di bawah kerjasama dengan JIRCAS (Japan International Research Center for Agriculture). Projek-projek ini masih berjalan sehingga tahun 2015. Butiran setiap projek adalah seperti berikut In 2014, a total of 3 projects were implemented under collaboration with JIRCAS (Japan International Research Center for Agriculture). The projects are still on-going until 2015. Details of each project are as follows:

i) Pembangunan pelan pengurusan mapan kerang melalui analisis daya tampung (Ketua Projek: Dr Alias Man, FRI Kg. Acheh)

Selangor adalah salah satu negeri penghasil kerang (Anadara granosa) yang utama di Semenanjung Malaysia. Kawasan pembenihan kerang semulajadi di sini dikatakan sebagai yang terbesar di Malaysia. Pengeluaran kerang dari negeri ini adalah tinggi untuk pasaran tempatan dan juga diekspot. Benih yang dikutip dari kawasan ini juga diedarkan kepada plot ternakan kerang yang lain di seluruh negara. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat tentang kemerosotan alam sekitar di kawasan ini disebabkan aktiviti ternakan kerang yang intensif sejak 2008 dan aktiviti pembangunan seperti perladangan, pertanian, pembangunan pelabuhan, penambakan dan pembinaan empangan. Justeru itu, terdapat keperluan untuk membangunkan sebuah model pengurusan perikanan yang berkesan untuk kerang. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan data biologi, data ekologi dan alam sekitar, termasuk peringkat larva awal dan kitaran kehidupan kerang dan maklumat fizikiko-kimia di kawasan ternakan. Berdasarkan data ini, satu model ekologi akan dibangunkan dan daya tampung ternakan kerang akan ditentukan. Matlamat akhir projek ini adalah untuk menawarkan pelan pengurusan mampan untuk pengeluaran kerang di Selangor.

i) Development of a sustainable management for blood cockle culture by carrying capacity analysis (Project Leader: Dr Alias Man, FRI Kg. Acheh)

Selangor, is one of the major state for blood cockle (Anadara granosa) culture in Malaysia. Its natural cockle’s spat fall area is said to be the largest in the country. The production in this area is very high and cockles are exported as well as for domestic consumption. The spats collected from this area are distributed to other cockle culture plots all over the country. However, there is a growing concern about environmental deterioration to this area due to the high intensity of cockle culture activity since 2008 and other development activities including plantation, farming, port development, reclamation and dam construction. Owing to these reasons, there is a need to establish an effective fisheries management model for the cockle industry. The purpose of this study is to obtain data on biological, ecological and environmental aspects, including early larval stage and life cycle of blood cockle; and physic-chemical information of the culture area. Based on these data, an ecological model will be developed, and the carrying capacity on the cockle culture area will be elucidated. Our final goal is to offer a sustainable management plan for the appropriate production of blood cockle.

ii) Pemantauan fitoplankton dan keselamatan makanan dalam kerang di perairan Selangor (Ketua Projek: Dr Wan Norhana Noordin, FRI Batu Maung)

Kawasan persisiran pantai Selangor adalah antara kawasan ternakan kerang yang utama di Malaysia. Ini adalah kerana lokasinya yang sesuai, logistik yang mencukupi dan kerjasama baik yang wujud di antara penternak dan Jabatan Perikanan. Walaupun sangat sesuai dari segi geografi terdapat faktor-faktor lain yang perlu dikaji untuk memastikan kerang yang dihasilkan selamat untuk dimakan. Dari tinjauan pembacaan, maklumat mengenai status sanitasi kerang atau perairan kerang dari pantai Selangor adalah sangat sedikit dilaporkan. Justeru di bawah kerjasama dengan JIRCAS, satu kajian telah dijalankan dari tahun 2013-2015 untuk memantau kualiti kerang yang dihasilkan dari kawasan ternakan kerang di perairan Selangor (Bagan Nakhoda Omar (N 3' 44'' 21.66''', E 100' 52'' 30.72'''); Sungai Besar (N 3' 38'' 53.88''', E 100' 58'' 46.38''') dan Bagan Sungai Buloh (N 3' 15'' 31.14''', E 101' 17' 9.18'''). Objektif kajian adalah untuk menentukan pencemaran bakteria penunjuk pencemaran najis dalam tisu kerang dan air laut, menentukan kehadiran virus Hepatitis A dalam tisu kerang, mengesan kehadiran biotoksin marin (PSP) dalam tisu kerang, menganggar kehadiran fitoplankton yang berbahaya dalam air laut dan akhir sekali untuk mengesan kandungan logam berat di dalam tisu kerang. Kajian masih berjalan dan keputusan yang diperolehi nanti akan digunakan untuk mengkelas perairan kerang di Selangor seperti yang dikehendaki oleh WTO di bawah perjanjian SPS (Sanitasi dan Fitosanitasi). Maklumat ini adalah penting sekiranya kerang yang dihasilkan ini hendak diekspot ke luar Negara.

ii) Phytoplankton and food safety monitoring in cockles from Selangor coastal waters  (Project Leader: Dr. Wan Norhana Noordin, FRI Batu Maung)

Selangor coastal area is one the locations identified as potential shellfish culture area in Malaysia. This is due to its suitable location, sufficient logistic and good collaboration that exist among the culturists and the Department of Fisheries. Although geographically suitable, there are other factors that need to be examined to ascertain its suitability for safe production of cockles. To our knowledge, there are no reports on the sanitary status of cockle or cockle waters from this area. Through collaboration with JIRCAS, a study was conducted from 2013-2015 to monitor the quality of the cockles and cockles culture areas in Selangor coastal waters (Bagan Nakhoda Omar [N 3 '44' '21.66' ',' E 100 '52' '30.72' ']; Sungai Besar [N 3' 38 '' 53.88 '', 'E 100' 58 '' 46.38 '] and Bagan Sungai Buloh [N 3 '15' '31.14' ', E 101 '17' 9.18 '']. The objectives of the study were to determine the faecal indicator bacteria contamination in seawater and shellfish tissue, to determine the presence of hepatitis A virus in shellfish tissue, to detect the presence of marine biotoxin (PSP) in shellfish tissue, to estimate the abundance of harmful phytoplankton in seawater and to detect heavy metals in shellfish tissue. The study is still on-going and the results will be utilised to classify shellfish waters in the state as required by the WTO under the SPS (Sanitary and Phytosanitary) Agreement This information is important if the shellfish produced were to be exported overseas.

iii) Kajian epidemiological dan penentuan cara jangkitan white spot syndrome virus (WSSV) dalam udang harimau (Penaeus monodon) (Ketua Projek: Dr. Siti Zaharah Abdullah, NaFisH)

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jangkitan WSSV dalam ternakan udang banyak menyebabkan kerugian besar kepada industri. Satu kajian mengenai epidemiologi dan penjelasan tentang laluan penyebaran penyakit-penyakit virus udang telah dijalankan untuk menjelaskan tentang distribusi geographi dan laluan sebaran jangkitan virus bintik putih (WSSV) dalam udang harimau (Penaeus monodon) di Semenanjung Malaysia. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2012 dan akan selesai pada tahun 2015. Objektif khusus kajian  adalah untuk menentukan sumber, laluan sebaran jangkitan dan distribusi geografi penyakit-penyakit virus udang termasuk WSSV di Semenanjung Malaysia. Surveilan di lapangan telah dijalankan di 14 ladang udang di Perak, Pulau Pinang dan Kedah tetapi hanya sembilan (9) ladang telah dipilih untuk kajian epidemiologi. Semua sampel bebas daripada WSSV, Infectious Mionecrosis Virus (IMNV) dan Taura Syndrome Virus (TSV). Walau bagaimanpun, sampel-sampel didapati positif untuk Yellow Head Virus (YHV) dan Infectious Hypodermal and Hematopoietic Necrosis Virus (IHHNV). Ketiga-tiga baka induk yang diperiksa dikesan positif untuk IHHNV tetapi hanya salah satu positif YHV. Kajian ini telah membantu NaFisH dalam meningkatkan pengetahuan mengenai epidemiologi dari sudut pandangan yang berbeza seperti pengurusan, faktor persekitaran dan juga fisiologi udang itu sendiri. Kerjasama yang berterusan diarap akan memberikan perspektif yang lebih baik tentnag bagaimana untuk menangani masalah penyakit virus melalui pengurangan terutama risiko-risiko yang mewujudkan persekitaran yang tidak mesra dan sekaligus membawa kepada masalah penyakit.

iii) The epidemiological study and elucidation on spread route of white spot syndrome virus (WSSV) in tiger shrimp (Penaeus monodon) (Project Leader: Dr. Siti Zaharah Abdullah NaFisH)

It is well established that the occurrence of WSSV infection in shrimp farming causes huge loss to the industry. A study on the epidemiological and elucidation on spread route of shrimp viral diseases was conducted to clarify the geographical distribution and transmission route of white spot syndrome virus (WSSV) in tiger prawn (Penaeus monodon) in Peninsular Malaysia. The project was started in 2012 and will finish in 2015. The specific objectives of the study are to determine the source, transmission route and geographical distribution of shrimp viral diseases mainly WSSV in Peninsular Malaysia. Field surveillance were conducted at 14 shrimp farms in Perak, Penang and Kedah but only nine (9) farms were selected for the epidemiological study. All samples were free of WSSV, Infectious Mionecrosis Virus (IMNV) and Taura Syndrome Virus (TSV). However, they were positive for Yellow Head Virus (YHV) and Infectious Hypodermal and Hematopoietic Necrosis Virus (IHHNV). All three spawners were detected positive for IHHNV but only one of them positive for YHV. This study has assisted NaFisH in increasing knowledge on epidemiology from different points of view like management, environmental factors as well as physiology of the shrimp itself. As such, this continued collaboration will give us better perspective on how to tackle the problem by reducing the measures of risk factors that create unfriendly environment thus leading to disease problem.


Kemaskini pada 2016-03-21 11:26:10 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4200
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 15686 Tarikh Kemaskini : 21-10-2017
Instagram Information Mobile Apps.eLatihan adalah sistem online yang disediakan untuk memudahkan kumpulan sasar memohon latihan dalam bidang perikanan yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kumpulan sasar yang terdiri dari orang ramai, nelayan, penternak akuakultur dan usahawan perikanan mahupun kakitangan Jabatan Perikanan sendiri boleh mengemukakan pertanyaan, memohon dan menyemak status permohonan bagi menyertai pelbagai kursus dalam bidang perikanan yang ditawarkan di pusat-pusat latihan Jabatan Perikanan Malaysia yang terpilih.     Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramLaman Instagram rasmi Jabatan Perikanan Malaysia     Youtube Information YoutubeLaman youtube rasmi Jabatan Perikanan Malaysia     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL. Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.